Dunia

161 masih hilang di Texas akibat banjir kilat dahsyat

Seramai 161 orang dilaporkan masih hilang di daerah Kerr, Texas empat hari selepas banjir kilat melanda negeri itu minggu lalu, ketika harapan untuk menemui mangsa terselamat semakin tipis.

Antara yang hilang termasuk lima peserta perkhemahan dan seorang kaunselor dari Camp Mystic, sebuah kem musim panas untuk kanak-kanak perempuan yang terletak di tebing Sungai Guadalupe.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 109 maut akibat bencana itu, dengan 94 kematian direkodkan di kawasan Kerrville sahaja.

Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat diteruskan secara besar-besaran melibatkan lebih 250 anggota penyelamat di Kerrville.

Usaha ini turut dibantu helikopter Chinook dan Black Hawk serta dron reaper, selain kerjasama pasukan pengawal sempadan, FBI dan Pengawal Kebangsaan.

Pihak berkuasa Texas menjangkakan bilangan mangsa hilang mungkin terus meningkat dalam beberapa hari akan datang.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker