Malaysia

Malaysia umum pencalonan pemilihan semula sebagai ahli Majlis ITU

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengumumkan pencalonan Malaysia untuk pemilihan semula ke Majlis Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) bagi penggal 2027-2030.

Pengumuman tersebut dibuat semasa sesi ucapan pemimpin di Acara Peringkat Tinggi Sidang Kemuncak Dunia mengenai Masyarakat Bermaklumat+20 (WSIS+20) di Geneva, pada Rabu.

Fahmi berkata Malaysia kekal sebagai pemain aktif dalam ITU, daripada janji Partner2Connect kepada pengerusian Kumpulan Kajian ITU dan penganjuran program pembinaan kapasiti.

Sehubungan itu, pihaknya memohon pemilihan semula ke Majlis ITU bagi penggal 2027–2030 dengan matlamat untuk membina sebuah masyarakat global yang lebih berhubung, berpengetahuan dan inklusif.

Malaysia kini merupakan ahli Majlis ITU yang telah dipilih bagi penggal 2023-2026, yang membolehkan negara ini menyertai usaha membentuk hala tuju dasar strategik ITU dan mewakili kepentingan rantau Asia dalam bidang telekomunikasi dan infrastruktur digital.

ITU ialah agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi telekomunikasi dan teknologi digital yang memperuntukkan spektrum frekuensi radio, membangunkan piawaian antarabangsa untuk memastikan keserasian rangkaian komunikasi serta berusaha merapatkan jurang digital di seluruh dunia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker