Malaysia
Anwar ucap selamat ulang tahun ke-100 kepada Mahathir

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan selamat ulang tahun kelahiran ke-100 kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ucapannya dengan doa agar beliau terus dikurniakan kesejahteraan, kesihatan dan ketenangan.
Anwar turut menzahirkan harapan agar bekas perdana menteri itu diberi kekuatan untuk menikmati kehidupan yang penuh makna, sambil memuji gaya hidup sihat dan jasa berterusan Dr Mahathir yang menjadi contoh kepada negara.
Beliau juga mendoakan agar Allah sentiasa merahmati Dr Mahathir yang pernah memimpin Malaysia selama lebih dua dekad.
Ucapan itu mendapat pelbagai reaksi di media sosial, dengan ramai yang mengucapkan tahniah dan menyanjung sumbangan Dr Mahathir dalam pembangunan negara.