Malaysia
Pegawai JPJ potong di garisan berkembang digantung tugas

Seorang anggota JPJ digantung tugas serta-merta selepas videonya memandu secara berbahaya di Simpang Pulai, Perak tular di media sosial.
Siasatan mendapati anggota terbabit memotong di garisan berkembar, lalu dikenakan saman, dilarang memandu kenderaan jabatan dan ditukar ke jawatan lain sementara siasatan dijalankan.
JPJ turut memulakan siasatan dalaman dan menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai yang melanggar undang-undang.
JPJ juga berterima kasih kepada orang awam yang membantu melaporkan insiden ini demi menjaga integriti jabatan.