Malaysia

MC digital bakal diperkenal bagi kekang penggunaan MC palsu di kalangan penjawat awam

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyambut baik cadangan penggunaan sijil cuti sakit (MC) digital sebagai langkah mengekang penggunaan MC palsu dalam kalangan penjawat awam.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, inisiatif ini selari dengan agenda Transformasi Digital MADANI dan dilihat mampu memperkukuh integriti perkhidmatan awam.

Namun, beliau menekankan bahawa aspek kesiapsiagaan sistem, perlindungan data peribadi serta keupayaan teknikal Kementerian Kesihatan dan agensi berkaitan perlu diteliti secara menyeluruh.

JPA juga mahu memastikan pelaksanaan MC digital benar-benar praktikal dan berkesan agar dapat memberi manfaat tanpa disalahgunakan.

Cadangan ini timbul susulan penahanan beberapa individu termasuk seorang pesakit jantung yang dipercayai terbabit menjual MC palsu, selepas siasatan dalaman ke atas seorang anggota polis yang kerap mengambil cuti sakit mendedahkan kegiatan tersebut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker