Malaysia
343 individu alami keracunan makanan kerana gulai ayam disedia katering

Seramai 343 individu termasuk pelajar baharu, AJK dan kakitangan sebuah kolej swasta di Kelantan disyaki mengalami keracunan makanan, dengan wabak diisytiharkan pada jam 3 petang selepas pengesahan dibuat.
Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, majoriti mangsa mengalami sakit perut, cirit-birit, muntah dan demam.
Makanan yang disyaki menjadi punca adalah gulai ayam yang dinikmati semasa makan malam semalam, dipercayai disediakan oleh penyedia katering luar.
Organisma yang disyaki menjadi punca adalah Salmonella spp dan kes dikesan melalui rawatan di fasiliti kesihatan serta saringan aktif oleh petugas kesihatan.