Malaysia

Pasangan kekasih didakwa atas pertuduhan bunuh penuntut universiti

Pasangan kekasih masing-masing berusia 19 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang atas pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Maniishapriet Kaur Akhara, 20, seorang penuntut fisioterapi di sebuah universiti swasta di Cyberjaya.

Tertuduh pertama, Sri Darvien Mathavan, seorang pekerja rencam, didakwa membunuh mangsa di unit kondominium di Mutiara Ville antara jam 9.11 malam hingga 11.31 malam pada 23 Jun lalu.

Teman wanitanya, Thineswary Devendran, pula didakwa bersubahat dalam pembunuhan pada tarikh dan lokasi sama.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kes ini di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah pada masa sama tidak menawarkan jaminan dan menetapkan 9 September sebagai tarikh sebutan semula bagi menunggu laporan forensik, bedah siasat serta dokumen lain sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Siasatan polis sebelum ini mendedahkan suspek utama dipercayai pernah beberapa kali bermalam di rumah mangsa dengan kebenaran teman wanitanya yang juga rakan serumah mangsa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker