Malaysia

Sebutan semula kes pembunuhan Maniishapriet Kaur pada 11 September Manoharan

Peguam M Manoharan yang mewakili tertuduh pertama, Sri Darvien Mathavan, memohon supaya mahkamah menetapkan satu tarikh awal bagi mempercepatkan proses menyediakan dokumen siasatan penting dan seterusnya membolehkan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.

Permohonan itu dibuat supaya pendakwaan dapat segera menyerahkan laporan kimia, forensik dan bedah siasat yang diperlukan mengikut Seksyen 177A(2) Kanun Tatacara Jenayah.

Mano malay.mp4 (00:31—01:30)
Jadi saya telah mohon kepada Puan Majistret untuk menetapkan satu tarikh awal dan untuk memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi secepat mungkin supaya kita boleh menyelesaikan kes ini dengan cepat. Puan Majistret yang bijaksana telah akur atas permohonan saya dan menetapkan satu tarikh awal, 11 September 2025, untuk pihak pendakwaan membekalkan semua dokumen yang relevan bagi kes ini dan juga memberikan izin pendakwaan, sebab ini diperlukan sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Saya percaya pihak pendakwaan boleh membekalkan dokumen ini secepat mungkin supaya kita dapat mendengar kes ini di Mahkamah Tinggi secepat yang mungkin.”

Majistret Khairatul Animah Jelani bersetuju dengan permohonan tersebut dan menetapkan 11 September sebagai tarikh sebutan semula bagi memberi ruang pendakwaan melengkapkan dokumen sebelum memohon pemindahan kes ke Mahkamah Tinggi.

Dalam kes ini, Sri Darvien bersama teman wanitanya Thineswary Devendran, masing-masing berusia 19 tahun, didakwa atas pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Maniishapriet Kaur Akhara, seorang penuntut fisioterapi di sebuah universiti swasta Cyberjaya, pada 23 Jun lalu.

Mangsa yang berasal dari Sarawak ditemui mati dalam bilik asrama oleh rakannya pada pagi keesokan hari, dengan siasatan mendapati suspek utama sering bermalam di rumah mangsa hasil kebenaran kekasihnya yang juga rakan serumah mangsa.

Kedua-dua tertuduh tidak ditawarkan jaminan kerana kes ini berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker