Malaysia

Johari Ghani ambil alih tugas fungsi Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam

Datuk Seri Johari Ghani mula menjalankan tugas dan fungsi Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam, berkuat kuasa serta merta.

Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar, berkata perkara itu dipersetujui Jemaah Menteri yang bersidang dua hari lalu.

Johari yang merupakan Menteri Perladangan dan Komoditi dan Ahli Parlimen Titiwangsa mengambil alih jawatan Nik Nazmi Nik Ahmad selepas peletakan jawatannya awal bulan ini.

Bulan lalu, Kabinet turut bersetuju Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan menjalankan tugas dan fungsi menteri ekonomi, selepas pengunduran Rafizi Ramli.

Amir juga dipertanggungjawab mengolak dan merombak semula intipati naskah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang akan dibentangkan di Parlimen pada 31 Julai.

Rafizi dan Nik Nazmi meletakkan jawatan sebagai menteri susulan gagal mempertahankan jawatan masing-masing sebagai timbalan presiden dan naib presiden pada pemilihan PKR Mei lalu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker