Malaysia

YSIJ sumbang peralatan perubatan kepada Hospital Sultanah Aminah

Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) pada Khamis menyumbangkan pelbagai peralatan perubatan kepada Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru sebagai usaha menyokong peningkatan mutu perkhidmatan kesihatan hospital berkenaan.

Antara peralatan yang disumbangkan katil pesakit, kerusi sofa boleh laras, inkubator pengangkutan, kelengkapan resusitasi ‘Basic Life Support’ (BLS) serta patung latihan.

Memetik Royal Press Office (RPO), sumbangan ini melibatkan katil baharu yang akan menggantikan katil lama dan usang, bakal memberi keselesaan kepada pesakit.

Penyerahan sumbangan itu dilakukan oleh Pemegang Amanah Urusan YSIJ, Datuk Avinderjit Singh kepada Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Mohtar Pungut.

Dalam majlis sama, 120 beg sumbangan mengandungi makanan dan kelengkapan diri turut diagihkan kepada pesakit di Wad Barat hospital berkenaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker