Populasi rakyat Malaysia dijangka memuncak kepada 42.38 juta

Malaysia dijangka mencapai puncak populasi sebanyak 42.38 juta orang pada tahun 2059, menurut laporan Unjuran Penduduk 2030–2060 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Selepas tahun tersebut, jumlah penduduk diramal mula menurun secara perlahan, mencecah 42.08 juta pada 2065 dan 41.43 juta pada 2070.
Walaupun penduduk Malaysia terus meningkat dari 2020 sehingga 2059, kadar pertumbuhan tahunan dijangka merosot dengan ketara daripada 1.7% pada 2020 kepada hanya 0.1% pada 2060.
Struktur demografi juga dijangka berubah ketara dengan peratusan penduduk kanak-kanak (0-14 tahun) dijangka menyusut daripada 24% pada 2020 kepada 16% pada 2060.
Penduduk bekerja (15-64 tahun) akan meningkat sehingga 70.8% menjelang 2030, namun mula menurun selepas itu kepada 65.7% pada 2060.
Dalam masa yang sama, penduduk warga emas (65 tahun ke atas) dijangka meningkat lebih tiga kali ganda, daripada 6.8% pada 2020 kepada 18.3% pada 2060.