Dunia

Pencemaran udara teruk di Jakarta akibatkan 6 juta penduduk sesak nafas

Lebih enam juta penduduk di Jakarta dilaporkan mengalami gejala pernafasan akut susulan pencemaran udara yang semakin membimbangkan di ibu kota Indonesia itu.

Pihak berkuasa mengesahkan kualiti udara di beberapa kawasan, khususnya di Jakarta Utara, telah mencapai paras bahaya.

Data daripada aplikasi pemantauan seperti IQAir dan stesen rasmi menunjukkan peningkatan ketara bahan pencemar seperti PM2.5 dan ozon paras tanah.

Punca utama dikenal pasti berpunca daripada pelepasan industri serta operasi trak kontena yang beroperasi tanpa kawalan.

Dianggarkan lebih 6,800 cerobong industri beroperasi di kawasan sekitar Jakarta, termasuk yang tidak berlesen.

Kesan terhadap kesihatan awam semakin ketara apabila semakin ramai penduduk mengalami sesak nafas, batuk kronik dan gejala jangkitan pernafasan lain.

Kajian sebelum ini turut mendedahkan pencemaran udara di Jakarta menyumbang kepada ribuan kematian pramatang dan kemasukan ke hospital setiap tahun.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker