Malaysia

PDRM kerah lebih 2,000 anggota kawal 15,000 peserta perhimpunan Turun Anwar

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengerahkan lebih 2,000 anggotanya bagi mengawal perhimpunan ‘Turun Anwar’ yang akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 26 Julai ini.

Polis telah menerima pemakluman rasmi daripada penganjur dan menjangkakan antara 10,000 hingga 15,000 peserta bakal hadir.

Empat lokasi utama dikenal pasti sebagai tempat berkumpul sebelum mereka berarak ke Dataran Merdeka iaitu Sogo, Masjid Jamek, Masjid Negara dan Pasar Seni.

PDRM memberi jaminan pemantauan rapi akan dilakukan sepanjang himpunan bagi memastikan keselamatan awam terjamin, selain mengingatkan peserta agar tidak menimbulkan provokasi atau menyentuh isu-isu sensitif yang boleh mengganggu ketenteraman.

Setakat ini, tiada keperluan untuk penutupan jalan, namun pemantauan situasi akan terus dibuat sepanjang hari kejadian.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker