Ketua Polis Baharu Dilantik untuk 5 Negeri Termasuk Johor & Selangor

Kuala Lumpur, 20 Julai —
Lima pegawai kanan polis berpangkat Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) telah dinaikkan pangkat sebagai Pesuruhjaya dan dilantik sebagai Ketua Polis Negeri bagi lima negeri utama.
Negeri-negeri yang terlibat ialah Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Kedah dan Pulau Pinang.
Datuk TS Azizee Ismail telah dilantik sebagai Ketua Polis Pulau Pinang.
Datuk Shazeli Kahar pula mengambil alih jawatan Ketua Polis Selangor, menggantikan Datuk Hussein Omar Khan yang kini dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.
Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah kini dilantik sebagai Ketua Polis Negeri itu.
Ab Rahaman Arsad dari Bukit Aman pula akan mengetuai Polis Johor, menggantikan Datuk M. Kumar yang kini dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Selain itu, sebanyak 18 lagi kenaikan pangkat bagi pelbagai jawatan turut diumumkan.
Semua pelantikan ini akan berkuat kuasa mulai 18 Ogos, menurut kenyataan rasmi oleh Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Kamaruzaman Abdullah.