Malaysia
Kanak-kanak 7 tahun meninggal dunia akibat lemas di kolam renang di Melaka

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemukan lemas di kolam renang sebuah rumah inap di kondominium Taman Kota Shahbandar, Kota Laksamana, Melaka, pagi Ahad.
Kejadian dilaporkan sekitar jam 9.45 pagi sebelum pasukan bomba bersama tiga jentera dan lapan anggota dikejarkan ke lokasi.
Mangsa ditemui tidak sedarkan diri selepas dikeluarkan dari kolam oleh orang awam.
Anggota bomba cuba memberikan bantuan pernafasan, namun mangsa disahkan meninggal dunia.
Mayat kemudiannya dihantar ke Hospital Melaka untuk tindakan lanjut.