Penerima vaksin Pfizer COVID-19 berisiko alami masalah penglihatan – Kajian

Satu kajian terbaharu mendapati bahawa penerima vaksin Pfizer COVID-19 berkemungkinan mengalami perubahan pada struktur mata yang boleh meningkatkan risiko masalah penglihatan.
Menurut laporan Daily Mail, kajian yang dijalankan terhadap 64 individu oleh sekumpulan saintis di Turki mendapati kesan vaksin terhadap kornea, lapisan di bahagian hadapan mata yang membenarkan cahaya masuk.
Hasil pemerhatian menunjukkan berlaku penebalan pada kornea, pengurangan bilangan sel endotelium (lapisan dalam kornea) serta peningkatan variasi saiz sel tersebut.
Walaupun tiada kesan serta-merta terhadap penglihatan dalam tempoh kajian pendek ini, perubahan tersebut menunjukkan vaksin mungkin melemahkan fungsi lapisan endotelium buat sementara waktu.
Dalam jangka masa panjang, sekiranya perubahan ini kekal, ia boleh meningkatkan risiko keadaan seperti pembengkakan kornea, penglihatan kabur atau masalah lebih serius.