Mahathir, Zahid tarik balik saman demi kepentingan rakyat

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sepakat menarik balik saman fitnah terhadap satu sama lain dalam usaha mengutamakan kepentingan rakyat dan keharmonian negara.
Tindakan itu turut melibatkan penarikan balik prosiding menghina mahkamah yang difailkan Zahid terhadap Dr Mahathir berhubung sidang akhbar berkaitan isu “kutty”.
Zahid pula menarik balik saman terhadap Dr Mahathir berhubung dakwaan beliau menggunakan kedudukannya bagi mempengaruhi bekas Perdana Menteri itu untuk campur tangan dalam prosiding kesnya yang masih berjalan di mahkamah.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penarikan semua kes yang dikemukakan sejak beberapa tahun lalu tanpa sebarang perintah kos, selepas dimaklumkan kedua-dua pihak telah mencapai penyelesaian bersama.
Kedua-dua peguam itu berkata semua kes berkenaan dihentikan demi mengutamakan kepentingan rakyat dan memulihkan keharmonian dalam kalangan pemimpin negara.