Malaysia
Pasangan suami isteri rentung dalam kebakaran rumah di Kota Belud

Pasangan suami isteri dilaporkan mati rentung dalam satu kejadian kebakaran rumah di Kota Belud pagi tadi.
Mangsa, masing-masing berusia 7 tahun, ditemui rentung di dalam bilik mandi kediaman yang terbakar sepenuhnya dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi.
Sebuah kereta jenis Proton Saga turut musnah dalam insiden berkenaan.
Sepasukan anggota bomba dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan, dan api berjaya dikawal dalam tempoh kurang 30 minit.
Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Kota Belud untuk bedah siasat.
Mangsa lelaki difahamkan bekerja sebagai penoreh getah, sementara punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa.