Malaysia

Kanak-kanak maut terjatuh dari tingkat 8 ketika penduduk sibuk pergi kerja

Penduduk Flat Sri Perantau, Pelabuhan Klang dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat pada pagi Jumaat selepas seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui terjatuh dari tingkat lapan.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.45 pagi itu turut disedari oleh salah seorang jiran mangsa yang pada awalnya menganggap bunyi tersebut datang daripada orang yang membuang sampah.

Namun tidak lama kemudian ada individu yang menjerit dari tingkat bawah dengan bertanyakan anak siapa yang jatuh selepas melihat kanak-kanak itu tertiarap dengan kesan darah di bahagian kepala.

Mangsa yang merupakan anak sulung daripada dua beradik itu disahkan maut ketika menerima rawatan di Zon Merah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Kamalariffin Aman Shah yang memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan penuh dalam masa terdekat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker