Malaysia
Khir Toyo sertai parti Bersatu?

Bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo didakwa menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), dakwa seorang pemimpin parti itu.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Ketua Bersatu Melaka Rahim Tamby Chik melalui hantaran Facebook yang turut disertakan dengan gambar mereka makan tengah hari bersama beberapa individu lain.
Menurut kenyataan itu, Khir baharu menganggotai Bersatu dan berhasrat untuk bertukar fikiran dengan pemimpin kanan demi memperkasakan keberkesanan jentera pilihan raya Bersatu dalam menghadapi PRU-16.
Khir sebelum ini merupakan bekas Adun Sungai Panjang selama tiga penggal, pernah dipenjara setahun kerana salah guna kuasa pada 2015 dan dibebaskan dengan parol selepas menjalani hukuman selama enam bulan.