Uncategorized

Rafizi dedah ugutan diterima seminggu selepas jumpa ‘whistleblower’ berkaitan satu skandal

Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendedahkan bahawa isterinya menerima mesej ugutan berbunyi “Diam, jika teruskan.. AIDS” berserta emoji picagari selepas anak lelaki mereka berusia 12 tahun diserang di Putrajaya semalam.

Katanya, mesej itu diterima sekitar jam 1.45 tengah hari sambil melihat ada tiga kemungkinan mengenai cecair yang disuntik dalam serangan terhadap anak lelakinya itu.

Rafizi berkata, suntikan yang dipercayai dikenakan ke atas anaknya itu menimbulkan kerisauan kerana ia berkemungkinan mengandungi dadah, racun atau virus berbahaya seperti hepatitis dan HIV, selain tidak menolak kemungkinan ia hanya cecair kosong.

Beliau turut mengaitkan serangan itu dengan pertemuannya minggu lalu bersama satu kumpulan whistleblower berkaitan sebuah skandal, yang menurutnya mungkin menjadi punca beliau diugut supaya ‘move on’.

Insiden tersebut kini disiasat polis dengan kawalan keselamatan keluarga Rafizi dilaporkan turut dipertingkatkan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker