Malaysia

Tunku Ismail mahu langkah penguatkuasaan lebih ketat bendung buli

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mahu gejala buli dibendung dengan langkah penguatkuasaan yang lebih ketat dengan kadar segera.

Titah baginda, tindakan tegas itu perlu diambil bagi memastikan setiap institusi pendidikan adalah kawasan yang selamat bagi kanak-kanak.

Baginda bertitah demikian selepas berangkat melawat Izzul Islam Azuan Isaidi, 10, di Hospital Pakar Puteri KPJ di Johor Bahru pada Selasa yang turut diiringi Tunku Mahkota Ismail, Raja Muda Johor, Tunku Iskandar Tunku Ismail.

Hadir sama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Asman Shah Abd Rahman dan pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman.

Dalam perkembangan berkaitan, polis telah merakam keterangan tujuh individu bagi membantu siasatan berhubung kes buli murid Tahun Empat itu.

Kes tersebut tercetus selepas ibu mangsa, Siti Suhaina Misdi, 39, mendakwa anaknya dipukul dua kali dalam kejadian berasingan.

Akibat kejadian itu, Izzul Islam dilaporkan mengalami gegaran otak dan masalah ingatan. Ibunya kemudian membuat dua laporan polis di Balai Polis Skudai dan Larkin pada 23 Mac dan 15 Ogos lalu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker