Malaysia

Ismail Sabri lapor polis isu libatkan serangan anak Rafizi

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat laporan polis terhadap sebuah laman Facebook yang memuat naik dua artikel palsu mengaitkannya dengan isu melibatkan anak bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli serta sebuah skandal syarikat swasta.

Menurutnya, laporan itu dibuat oleh Setiausaha Akhbar beliau pada 18 Ogos, selain turut dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan pihak Facebook untuk tindakan lanjut.

Ismail Sabri menegaskan kandungan yang disebarkan adalah tidak benar dan bersifat fitnah dengan tujuan mencemarkan reputasinya.

Beliau juga mengarahkan peguam mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat.

Dalam masa sama, Rafizi Ramli menafikan tuduhan skandal tersebut ada kaitan dengan Ismail Sabri atau Khairy Jamaluddin, serta menyatakan sokongan terhadap langkah laporan polis yang diambil.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker