Malaysia
22 juta pemegang MyKad boleh semak kelayakan SARA hari ini

Seramai 22 juta pemegang MyKad warganegara Malaysia boleh menyemak kelayakan masing-masing bagi menerima Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi portal rasmi SARA.
Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa bantuan sebanyak RM100 akan dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad penerima bermula 31 Ogos ini.
Ia adalah bersempena sambutan Hari Kebangsaan, dan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025.
Individu berumur 18 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 2007 dan sebelumnya, layak menerima bantuan ini, termasuk penerima SARA sedia ada.
Lebih 7,300 premis runcit berdaftar yang menawarkan lebih 100,000 barangan keperluan dalam 14 kategori termasuk makanan asas, kebersihan rumah dan diri, ubat-ubatan serta keperluan sekolah.