Malaysia
Lima peserta RXZ Members 7.0 disahkan meninggal dunia – Polis

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sebanyak lima kematian direkodkan akibat kemalangan jalan raya sepanjang berlangsungnya Himpunan RXZ Members 7.0 di Terengganu, Jumaat hingga Ahad lalu.
Menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, pihaknya merekodkan beberapa kes kemalangan melibatkan penunggang motosikal yang hadir ke program tersebut.
Kesemua mangsa disahkan maut di lokasi kejadian mahupun ketika menerima rawatan.
Pihak polis dalam pada itu menghargai kerjasama baik daripada penganjur serta peserta sepanjang acara berlangsung.
Himpunan RXZ Members 7.0 yang dianjurkan di Gong Badak, Kuala Nerus, menarik puluhan ribu pemilik motosikal Yamaha RXZ dari seluruh negara.