Dunia

Polis rempuh pemandu ‘ojol’, protes di Indonesia dijangka semakin dahsyat

Siri demonstrasi di Jakarta, Indonesia dijangka berterusan dengan lebih dahsyat selepas salah seorang peserta yang juga pemandu Gojek dalam talian (ojol) maut dirempuh kenderaan taktikal polis pada Khamis malam.

Mangsa, Affan Kurniawan, 20 disahkan meninggal dunia di hospital selepas dirempuh ketika pasukan polis cuba menyuraikan penunjuk perasaan menggunakan kenderaan taktikal, gas pemedih mata dan meriam air berhampiran bangunan DPR/MPR di Jakarta.

Rakaman video yang tular menunjukkan kenderaan berkenaan terus bergerak walaupun mangsa sudah terbaring cedera.

Siri protes yang berlaku pada Khamis itu dihadiri majoriti daripada mereka yang membantah beberapa isu termasuk gaji ahli parlimen, peruntukan pendidikan dan program makanan sekolah kerajaan.

Susulan itu, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menzahirkan permohonan maaf atas kejadian yang berlaku dan menyatakan komitmen untuk menanggung segala keperluan ahli keluarga.

Syarikat Gojek sendiri juga menyatakan akan menanggung semua kos pengebumian serta memberi pampasan kepada keluarga mangsa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker