Gen Z golongan lebih murung berbanding milenial – Kajian

Generasi Z kini berdepan tahap kemurungan dan keresahan lebih serius berbanding generasi terdahulu, sekali gus mengatasi tahap kebahagiaan hidup yang sebelum ini hanya dikaitkan dengan golongan pertengahan umur.
Kajian global membabitkan 44 negara mendapati individu berusia 12 hingga 28 tahun melaporkan tahap tekanan mental yang tinggi sejak usia muda, berbeza dengan generasi terdahulu yang hanya mengalami penurunan emosi sekitar usia 50 tahun.
Data turut menunjukkan peningkatan ketara, apabila kesihatan mental lemah dalam kalangan lelaki muda melonjak kepada 6.6 peratus pada 2024 berbanding 2.5 peratus pada 1993, manakala wanita meningkat daripada 3.2 kepada 9.3 peratus pada tempoh sama.
Kajian Gallup 2023 pula merekodkan hanya 15 peratus Gen Z menilai kesihatan mental mereka sebagai cemerlang, jauh merosot berbanding Millennial pada usia sama satu dekad lalu.
Pakar menyifatkan fenomena ini didorong oleh tekanan unik seperti kehidupan dibentuk media sosial, kehilangan tahun penting akibat pandemik, serta beban hutang tinggi, selain penggunaan telefon pintar berlebihan yang dikaitkan langsung dengan masalah mental.
Situasi ini kini dianggap krisis global dengan gesaan supaya penggunaan gajet di sekolah dikawal dan interaksi sosial bersemuka dipertingkatkan.