Dunia

Harga makanan global cecah paras tertinggi

Harga makanan dunia pada Ogos kekal hampir pada paras tertinggi dalam tempoh lebih dua tahun, apabila kenaikan kos daging, gula dan minyak sayuran mengimbangi penurunan harga bijirin serta tenusu, menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO).

Indeks Harga Makanan FAO mencatat 130.1 mata, naik sedikit berbanding Julai dan 6.9% lebih tinggi berbanding setahun lalu.

Ia merupakan paras tertinggi sejak Februari 2023, namun masih 18.8% lebih rendah berbanding rekod tertinggi pada Mac 2022 selepas pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Harga minyak sayuran melonjak ke paras tertinggi dalam tiga tahun, dipacu oleh rancangan Indonesia meningkatkan kandungan biodiesel berasaskan minyak sawit, manakala harga soya menurun akibat bekalan dijangka mencukupi.

Harga beras pula jatuh selepas India menurunkan harga ke paras terendah tiga tahun, manakala indeks harga daging naik ke paras rekod, dipacu permintaan tinggi terhadap daging lembu di AS dan China.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker