Malaysia

Lelaki ditemui meninggal dunia dalam kereta di stesen minyak

Misteri kehilangan Amir Mat Isa, 50-an, sejak seminggu lalu terjawab apabila dia ditemui meninggal dunia di dalam kereta Perodua Myvi di sebuah stesen minyak di Bandar Perdana, Sungai Petani pada Jumaat.

Mangsa yang juga duda dan penjual tiket bas ekspres di Pusat Transformasi Bandar sebelum ini mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim akibat penyakit jantung dan diabetes.

Difahamkan, dia yang tinggal bersama ibunya tidak pulang ke rumah sejak keluar dari wad minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai sudah meninggal lebih dua hari.

Mayat dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker