Malaysia

Ismail Sabri tidak cabar pelucuthakan RM169 juta oleh SPRM

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas setiausaha politiknya, Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus tidak akan mencabar permohonan pendakwaan untuk melucuthakkan wang tunai lebih RM169 juta yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pihak pendakwaan memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen bahawa kedua-dua mereka telah menghantar surat pada 28 Ogos menyatakan pendirian tidak menentang permohonan tersebut. Hakim Suzana Hussin kemudian membenarkan notis kepada pihak ketiga yang berkepentingan dan menetapkan 1 Oktober untuk sebutan semula.

Sekiranya tiada pihak ketiga tampil, wang berkenaan akan dilucuthakkan kepada kerajaan. Rampasan sebelum ini melibatkan wang tunai pelbagai mata wang asing serta emas seberat 16 kilogram, susulan siasatan rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan Ismail Sabri dan beberapa bekas pembantunya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker