Malaysia

Tiga warga asing ditahan lombong emas haram di Gua Musang

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga warga asing — dua Myanmar dan seorang Indonesia — kerana melombong emas secara haram di ladang sawit, Sungai Seting, Gua Musang, awal pagi tadi.

Komander PSP Bukit Aman, SAC Rosli Md Yusof berkata, operasi bersepadu bersama Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kota Bharu berjaya merampas sebuah jentera jengkaut hidraulik, mesin dan peralatan perlombongan bernilai lebih RM510,000.

Suspek bukan sahaja tidak memiliki permit melombong, malah gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah. Mereka kini disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Kanun Tanah Negara 1965.

Menurut Rosli, operasi ini membuktikan komitmen PDRM dan agensi lain membanteras perlombongan haram yang merugikan negara, selain memberi amaran keras kepada pihak yang cuba mengeksploitasi hasil bumi tanpa kebenaran.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker