Dunia

Israel serang Qatar: Tiada rakyat Malaysia terkesan

Kedutaan Besar Malaysia di Doha mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan dalam kejadian letupan susulan serangan Israel pada Selasa.

Dalam satu kenyataan media, semua rakyat Malaysia di negara itu dinasihatkan untuk terus berjaga-jaga dan menjauhi kawasan kejadian.

Kementerian Luar Negeri Qatar juga mengesahkan bahawa kejadian yang berlaku adalah serangan rejim Israel ke atas pejabat pemimpin Hamas di kawasan Legtaifiya, Doha.

Pada masa sama, rakyat Malaysia di negara itu dinasihatkan sentiasa mengikut perkembangan semasa melalui sumber-sumber sahih yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Qatar.

Sementara itu, Kerajaan Qatar juga memberi jaminan keadaan kini adalah terkawal sepenuhnya dan ruang udara Qatar tidak akan ditutup.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker