Malaysia

RM39.1 juta milik Jho Low dipulihkan, aset 1MDB dikembalikan kini RM31.19 bilion

Kerajaan Malaysia berjaya memulihkan aset berkaitan skandal 1MDB apabila sejumlah USD8.57 juta (RM39.1 juta) milik ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, dan keluarganya berjaya dipulangkan ke Akaun Amanah Pemulihan Aset 1MDB.

Pemulihan terbaharu hasil kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan Commercial Affairs Department (CAD) Singapura ini adalah sebahagian daripada penyelesaian global pelucuthakan sivil yang dikendalikan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.

Akaun-akaun lain milik keluarga Jho Low turut dijadualkan dipulangkan dalam masa terdekat.

Dengan tambahan ini, termasuk penyelesaian USD330 juta (RM1.4 bilion) dengan JPMorgan Chase & Co. baru-baru ini, jumlah keseluruhan aset yang berjaya dikembalikan kepada Malaysia daripada kes 1MDB kini mencecah RM31.19 bilion.

Sejak 2024, DOJ telah mengumumkan penyelesaian pelucuthakan yang membawa kepada pemulihan lebih USD100 juta, manakala secara keseluruhan pihak berkuasa Amerika Syarikat berjaya memperoleh lebih USD1.5 bilion berkaitan Jho Low, sebahagian besarnya sudah dipulangkan ke Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker