Malaysia

“Adakah Kota Kemuning akan terus jadi mangsa banjir tiap kali hujan?”

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, Preakas Sampunathan menyuarakan rasa dukacita dan kecewa terhadap kejadian banjir kilat yang seolah tiada titik noktah.

Menerusi satu kenyataan media, beliau menjelaskan kelemahan sistem mitigasi banjir secara jelas menjadi punca kepada insiden banjir tersebut.

Difahamkan, hujan lebat bermula sekitar tengah malam 11 April, namun pam air hanya diaktifkan sekitar jam 3 pagi.

Preakas turut mempersoalkan sampai bila penduduk di kawasan itu perlu berpindah-randah dan menanggung kerugian akibat kerosakan harta benda.

Untuk itu, beliau menggesa campur tangan segera daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memohon agar penyelarasan peranan agensi teknikal seperti JPS dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dilakukan secara menyeluruh di bawah pemantauan pejabat Menteri Besar sendiri.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker