Aerotrain KLIA dijangka siap suku pertama 2025 – MOT
Kuala Lumpur, Julai 17 – Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) dijangka beroperasi semula pada suku pertama 2025, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), menurut Kementerian Pengangkutan (MOT).
Difahamkan,inisiatif itu selaras dengan pelan penggantian Aerotrain di Terminal 1, KLIA yang dijadual siap sepenuhnya pada 31 Jan, 2025.
Kementerian itu dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi
laman sesawang Parlimen hari ini berkta, MOT dan Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) amat komited untuk memastikan pelan penggantian Aerotrain ini berjalan lancar mengikut garis masa ditetapkan
Kenyataan itu bagi menjawab pertanyaan Mohd Nazri Abu Hassan (PN-Merbok) yang meminta perincian status projek system penggantian aerotrain KLIA, termasuk perjanjian baharu dimeterai oleh MAHB serta anggaran kos projek berkenaan.
Mengulas, bagi menyegerakan garis masa pelaksanaan penggantian aerotrain itu, MAHB juga telah menandatangani suatu perjanjian baharu bersama pihak ALSTOM Transport Systems (Malaysia) Sdn Bhd, bagi memastikan projek ini dapat disiapkan sepenuhnya pada tarikh yang ditetapkan.