Malaysia

Agong berkenan tinjau Bukit Bintang bersama Anwar

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Khamis berkenan melakukan tinjauan mesra bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sekitar ibu negara.

Menerusi perkongsian di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memaklumkan, Seri Paduka dalam suasana penuh mesra bersama Perdana Menteri berjalan kaki menyusuri Jalan Bukit Bintang.

Turut dikongsi beberapa keping foto mengenai sesi tinjauan mesra itu.

Terdahulu, Seri Paduka berkenan menerima mengadap Perdana Menteri untuk mesyuarat mingguan.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker