Dunia
Agong tekad perkukuh hubungan Malaysia-Rusia menerusi lawatan negara

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menyifatkan lawatan negara baginda ke Rusia sebagai langkah ikhlas untuk mengukuhkan hubungan dua hala yang terjalin lebih lima dekad lalu.
Baginda bertitah, Malaysia melihat Rusia sebagai rakan kongsi yang boleh dipercayai dan penting, selain percaya semangat persahabatan akan terus menjadi asas kepada kerjasama antara kedua-dua negara demi manfaat rakyat.
Baginda menyampaikan perkara itu ketika pertemuan rasmi bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin di Grand Kremlin Palace, Moscow.
Lawatan ini merupakan yang pertama oleh ketua negara Malaysia ke Rusia.