Ahli farmasi Malaysia bekerja Melbourne dibunuh oleh lelaki skizofrenia
Kuala Lumpur, Oct 28 – Seorang ahli farmasi warga tempatan yang bekerja di Melbourne, Australia didakwa dibunuh oleh seorang lelaki dipercayai menghidap skizofrenia pada Rabu lalu.
Sumber media antarabangsa melaporkan bahawa,Kum Chuan Leong, berusia 29 tahun yang bekerja di syarikat perkhidmatan kesihatan awam sejak tahun 2021 ditemui mati oleh rakan sekerjanya di pinggir bandar Bellfield dekat Ivanhoe, Melbourne kira-kira jam 11.30 pagi.
Rakan sekerja itu telah pergi mencari Leong apabila dia gagal hadir ke tempat kerja.
Susulan itu, seorang lelaki berusia 54 tahun ditahan polis dan didakwa ke mahkamah pada hari berikutnya atas pembunuhan Leong.
Sementara itu, keluarga Leong telah terbang ke Melbourne dari Malaysia pada Khamis lepas tetapi tidak menghadiri perbicaraan mahkamah.
Suspek direman dan akan kembali ke mahkamah pada 16 Januari depan.