Malaysia

AI buatan tempatan, berteraskan identiti Malaysia dilancarkan PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kecerdasan buatan (AI) mampu merapatkan jurang pembangunan, membantu perniagaan kecil, memperkasa komuniti luar bandar, serta meningkatkan perkhidmatan awam, kesihatan dan pendidikan jika dibangunkan dengan visi yang jelas.

Ketika melancarkan ILMU 1.0, model bahasa besar (LLM) tempatan yang dinaik taraf, Anwar menegaskan Malaysia berada di persimpangan penting untuk membentuk masa depan ekonomi, identiti negara, kepercayaan awam dan hala tuju moral.

Beliau mengingatkan, kegagalan menguasai bidang baharu akan mewujudkan jurang besar antara golongan berkemahiran dan tidak berkemahiran.

Kerangka AI Nation Malaysia dibina berasaskan lima teras utama: dasar progresif, tenaga kerja berkemahiran digital, infrastruktur selamat, pemerkasaan kepercayaan digital, dan pelaburan strategik melalui kerjasama awam-swasta serta global.

ILMU atau Intelek Luhur Malaysia Untukmu dibangunkan oleh YTL AI Labs untuk memahami bahasa, suara dan imej dengan konteks tempatan, etika dan keselamatan sebagai keutamaan.

Antara kelebihannya, termasuk kefasihan dalam Bahasa Melayu, Manglish (Melayu English) dan dialek tempatan seperti Kelate, dibangunkan dengan mengambil kira keselamatan, tadbir urus data dan kepentingan negara, serta mampu menandingi model global terkemuka seperti GPT-4, DeepSeek dan Llama dalam penanda aras utama.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker