Malaysia

Air Asia tingkatkan kekerapan penerbangan ke Asean, lebih 3,200 perbangan mingguan

Kuala Lumpur, Ogos 8 – Syarikat penerbangan tambang rendah Air Asia meningkatkan kekerapan penerbangan domestik dan antarabangsa lebih 3,200 penerbangan mingguan merentasi 10 negara Asean untuk menggalakan pelancongan dan pertumbuhan ekonomi di rantau ini.

Pengarah Urusan Air Asia Malaysia, Datuk Kapten Fareh Mazputra berkata syarikat itu akan mengendalikan 45 peratus daripada penerbangan mingguan ke negara-negara Asean, merangkumi 78 laluan sehingga akhir 2024.

Fareh mengumumkan kekerapan penerbangan itu hari ini di Ibu Pejabat Air Asia, semasa sambutan Hari ASEAN Ke-57.

Air Asia turut mengumumkan penyambungan semula laluan dari Kuala Lumpur ke Da Lat, Vietnam dengan empat penerbangan mingguan bermula 1 Novembe ini sebagai salah satu usaha strategik AirAsia untuk memperluas rangkaian serta menawarkan lebih banyak pilihan perjalanan berpatutan ke seluruh ASEAN.

Pada masa sama, bagi meraikan sambutan Hari ASEAN, AirAsia menawarkan tambang istimewa bermula RM49 laluan sehala ke
Alor Setar, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Singapura, Bandar Seri Begawan, dan banyak lagi.

Difahamkan, tambang promosi ini boleh ditempah melalui aplikasi AirAsia MOVE mulai hari ini sehingga 11 Ogos 2024 untuk tempoh perjalanan antara 1 Oktober 2024 dan 31 Mac 2025.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker