Air Selangor : Gangguan bekalan air tidak berjadual di Kuala Lumpur & Selangor hari ini
Kuala Lumpur, Julai 23 – Air Selangor memaklumkan gangguan bekalan air tidak berjadual di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah.
Menersi satu kenyataan Air Selangor, menyatakan ia melibatkan LRA (loji rawatan air) Rantau Panjang serta LRA Sungai Selangor Fasa 1, LRA Sungai Selangor Fasa 2 dan LRA Sungai Selangor Fasa 3.
“Berikutan itu tujuh wilayah Air Selangor telah mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual iaitu Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor
“Senarai kawasan yang terjejas akan dikongsi dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan, sebentar tadi.
Dalam pada itu, Air Selangor turut memaklumkan bahawa
bantuan alternatif melalui lori-lori tangki air akan digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas, dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.