Air Selangor:Paip pecah di Kuala Lumpur, gangguan bekalan air
Kuala Lumpur, Oct 8 – Beberapa kawasan di Ibu Kota mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan pelaksanaan kerja pembaikan paip pecah di Hub Pasar Seni.
Air Selangor menerusi satu kenyataan memaklumkan, gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 6 pagi hari ini dan dijangka siap jam 1 pagi esok.
“Bekalan air akan mula disalurkan kepada para pengguna secara berperingkat apabila kerja pembaikan telah siap dan sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan.
“Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 1 tengah hari, pada Rabu,” katanya.
Susulan itu, Air Selangor akan menggerakkan lori tangki air dengan memberi keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian di sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.
Mengulas pihaknya ujar, untuk maklumat lanjut, pengguna boleh mendapatkan info yang dikemas kini dari masa ke semasa menerusi media sosial Air Selangor.