Malaysia

AirAsia nafi kebakaran enjin punca pendaratan cemas

AirAsia menegaskan bahawa pesawatnya yang melakukan pendaratan cemas di KLIA 2 tengah malam tadi tidak mengalami kebakaran enjin, sebaliknya berpatah balik akibat kerosakan saluran udara (duct) pada salah satu enjin, yang menyebabkan pelepasan udara panas.

Menurut Timbalan CEO Kumpulan AirAsia (Operasi Penerbangan), Chester Voo, kru penerbangan bertindak pantas mengikut protokol keselamatan, dan pesawat mendarat dengan selamat tanpa insiden lanjut.

Semua 171 penumpang dipindahkan ke penerbangan lain yang berlepas pada 3.46 pagi, sebelum selamat tiba di Shenzhen, China, pada 7.51 pagi.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook memaklumkan bahawa CAAM akan menjalankan siasatan lanjut mengikut prosedur standard.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker