Malaysia
AirAsia tawar tambang lebih rendah untuk Raya

SEPANG: AirAsia menawarkan tambang sehala bawah RM400 bagi penerbangan dari Semenanjung ke Sarawak, Sabah, dan Labuan sempena Hari Raya, umum Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.
Sebanyak 16,000 tempat duduk disediakan bagi lebih 90 penerbangan lewat malam dari 28 Mac hingga 5 April.
Tambang sehala ditetapkan pada RM328 bagi laluan Kuala Lumpur ke Kuching, Sibu, Bintulu, dan Miri, serta Johor Bahru ke Kuching dan Sibu. Sementara itu, penerbangan ke Kota Kinabalu, Sandakan, dan Tawau berharga RM388.
Loke berkata inisiatif ini, yang berjaya ketika Tahun Baharu Cina, akan membantu menyatukan keluarga menjelang Hari Raya.