Dunia

Ais Lautan Artik susut ke tahap paling kecil sejak 1979

Tahap kutub ais di Lautan Artik pada musim sejuk 2025 mencatat paras paling rendah sejak pengukuran bermula pada 1979.

Menurut Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun (JAXA), melalui pemantauan satelit “Shizuku”, merekodkan keluasan maksimum ais laut pada 20 Mac 2025 sebanyak 13.79 juta kilometer persegi iaitu 130,000 km persegi lebih kecil berbanding rekod terdahulu pada 2017.

Peta yang disediakan oleh laporan itu menunjukkan bahawa keluasan ais laut pada 2017 jauh lebih rendah daripada paras 2012 dan purata untuk dekad kedua abad ke-21.

Penurunan ini dikaitkan dengan perubahan iklim dan dibimbangi memberi kesan terhadap cuaca global serta persekitaran marin.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker