Malaysia

Akmal dakwa ada bukti menang pemilihan Ketua Cabang PKR Johor Bahru

Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang kalah dalam pemilihan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor Bahru, 20 April lalu tetap dengan pendirian mempertahankan kemenangannya kerana mendakwa mempunyai bukti.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air itu berkata, jumlah 949 undi yang diumumkan adalah berdasarkan data sahih diperoleh daripada Borang 14, senarai nama pengundi serta maklumat ejen mengundi berpengalaman.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru berkata, tindakan tersebut mendapat kebenaran Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) untuk calon membuka tempat berkumpul bagi melancarkan proses pengundian penyokong pasukannya.

Akmal menekankan juga bahawa pengundian bagi Pemilihan Cabang PKR adalah sama sekali tidak sama dengan PRU (Pilihan Raya Umum) yang mana tempat berkumpul yang dibenarkan ini dikawal sepenuhnya untuk penyokong datang dan mengundi.

Kelmarin, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Mohamad Taufiq Ismail yang juga Ketua Cabang PKR Johor Bahru yang baharu dilaporkan berkata, bantahan dibuat Akmal itu tidak berasas.

Mohamad Taufiq meminta Akmal yang juga bekas Ketua Cabang PKR Johor Bahru untuk berlapang dada dan menerima keputusan akar umbi susulan kekalahan pemilihan tersebut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker