Malaysia

Akmal desak Wee Ka Siong mohon maaf isu kemasukan pelajar cemerlang

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memohon maaf kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Ia susulan daripada kenyataannya yang menyalahkan sistem pendidikan dalam isu kemasukan seorang pelajar cemerlang ke Universiti Malaya (UM).

Menurut Akmal, pelajar terbabit sebenarnya mendapat merit 99.9 peratus, namun gagal kerana persaingan sengit apabila ramai lagi calon memperoleh merit penuh 100 peratus, sedangkan UM hanya menyediakan 85 tempat dengan kedudukannya berada di tangga ke-1,129.

Beliau menegaskan kenyataan Wee menuduh sistem rosak adalah tidak wajar dan mencemarkan reputasi KPT yang sudah melaksanakan tanggungjawab secara telus tanpa prejudis.

Akmal mendesak agar Wee segera memohon maaf kepada pihak kementerian dan Menteri Pendidikan Tinggi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker