Malaysia

Akmal Saleh mengaku tidak bersalah dakwaan hantaran kontroversi

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Akmal Saleh mengaku tidak bersalah berhubung satu hantaran Facebook dikaitkan dengan kontroversi mengibar Jalur Gemilang terbalik baru-baru ini.

Beliau yang didakwa mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam kerana menyebabkan ketakutan dan kegentaran kepada awam, mohon dibicarakan.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dipenjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya.

Majistret Nurul Rasyidah Akit menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan pengurusan kes pada 22 Sept ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker