Malaysia

Akta JAC bukan penentu pelantikan hakim – Azalina

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menjelaskan bahawa Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) 2009 bukanlah undang-undang yang mengikat dalam proses pelantikan hakim.

Menurutnya, akta itu hanya berperanan menapis dan menilai calon sebelum nama-nama tersebut melalui prosedur pelantikan seperti termaktub dalam Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.

Jika mahu menjadikan proses JAC mengikat, Perlembagaan perlu dipinda terlebih dahulu.

Azalina turut merujuk hansard penjelasan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang menyatakan Akta JAC hanyalah peruntukan pentadbiran tanpa kuasa mengikat.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan pelantikan pengganti jawatan tertinggi kehakiman hanya akan diputuskan selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 15 hingga 17 Julai ini.

Mengulas perarakan yang dirancang Badan Peguam Malaysia, Azalina berkata ia adalah hak demokrasi selagi dijalankan secara profesional dan mematuhi undang-undang.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker