Hiburan

Aliff Syukri diperintah bela diri atas tuduhan muat naik video aksi berlebihan

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen atas empat pertuduhan memuat naik muzik video yang mencetuskan kontroversi di media sosial tiga tahun lalu.

Hakim Ahmad Fuad Othman menyatakan pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie, dengan menegaskan bahawa memuat naik kandungan tidak sopan di bulan Ramadan adalah tidak wajar.

Aliff Syukri, 38, sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memuat naik video melalui akaun Instagramnya pada April 2022, yang dianggap mencemari Aidilfitri dengan aksi menari berlebihan dan berpakaian wanita.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum setahun.

Mahkamah menetapkan 19 Mei sebagai tarikh bagi Aliff Syukri membela diri.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker